Dokumen dari Waffiy
Quotation, proposal teknikal, sijil
Cara Probing "Bisnes dah daftar sebagai SME? Ada join program SME Corp?"
💬 Cara Sebut dalam WhatsApp
Bubble 1:
"Kami MOF Bumiputera aktif — quotation dari kami boleh terus guna untuk permohonan geran MARA, PUNB, BSN."
Bubble 2:
"Ada plan nak mohon geran? Kalau ada, kami boleh sediakan dokumen sokongan sekali."
Soalan Probing Geran — Wajib Tanya
- Bisnes dah daftar SSM? Enterprise atau Sdn. Bhd.?
- Ada hubungi MARA, PUNB atau BSN sebelum ni?
- Ada perancangan nak scale pengeluaran tahun ni?
- Tahu tak mesin boleh cover dalam permohonan geran?
- Kalau ada geran, berapa kapasiti yang sesuai untuk bisnes?
Modul 5
Content Creation Hands-On
Teori sahaja tak cukup. Kau kena tahu shoot, edit, dan post sendiri.
✅ Teknik Shoot Betul
- Shoot dalam mod portrait (9:16) untuk TikTok/Reels
- Cahaya dari depan atau sisi — jangan belakang
- Guna tripod atau sandarkan telefon — jangan goyang
- Pastikan mesin dalam keadaan bersih sebelum shoot
- Ambil close-up bahagian penting mesin
- Shoot semasa mesin sedang beroperasi — lebih convincing
- Background showroom — neat dan branded
❌ Kesilapan Biasa
- Video gelap / backlit
- Goyang tangan — nampak tidak profesional
- Background berselerak
- Audio bising / mic jauh
- Zoom masuk digital — kualiti jadi pecah
- Shoot landscape untuk TikTok
- Muka pengambil gambar nampak dalam refleksi
Import video clips Import semua raw footage ke CapCut. Susun ikut urutan — hook dulu, kemudian isi, kemudian CTA.
Trim & potong Buang bahagian kosong atau lambat. Untuk video 15-30s, setiap clip max 3-5 saat. Jangan biarkan satu shot terlalu lama.
Tambah subtitle / teks Guna Auto Subtitle dalam CapCut atau taip manual. Font bold, kontras tinggi. Letakkan di bahagian tengah bawah, jangan potong oleh UI TikTok.
Tambah muzik / sound effect Guna trending audio dari TikTok atau muzik bebas royalti dari library CapCut. Volume BGM lebih rendah dari voiceover.
Color grade ringkas Naikkan brightness sedikit, contrast, dan saturation. Preset "Vivid" dalam CapCut sudah cukup baik untuk content mesin.
Export & upload Export dalam 1080p minimum. Upload ke TikTok dengan caption, hashtag (#waffiymesin #mesinmakanan #IKSmalaysia), dan tag lokasi Kepala Batas.
| Format | Platform | Cara Adapt |
| 🎬 Video Penuh (30–60s) | TikTok, Reels, YouTube Shorts | Upload terus — ini versi utama |
| ✂️ Clip 15s (Hook sahaja) | TikTok, Instagram Story | Potong bahagian hook yang paling menarik |
| 🖼️ Thumbnail / Screenshot | Facebook Post, WhatsApp Status | Ambil frame terbaik dari video, tambah teks |
| 💬 Caption + Link Video | Facebook Feed | Tulis caption panjang dengan konteks, embed link TikTok |
| 📲 WhatsApp Blast | WhatsApp Status, Broadcast | Video pendek + caption 1-2 ayat untuk status / blast leads |
| Minggu | Tema | Contoh Idea |
| Minggu 1 | Problem Aware | "Kenapa usahawan sambal masih buat manual?", "Berapa rugi sebulan tanpa mesin?" |
| Minggu 2 | Product Demo | Demo blender industri live, unboxing mesin baru tiba, sebelum-selepas kapasiti |
| Minggu 3 | Testimoni & Trust | Customer review, kisah success IKS makanan, foto delivery ke seluruh Malaysia |
| Minggu 4 | Educate & CTA | "3 benda yang perlu tanya sebelum beli mesin", "Cara mohon geran beli mesin", direct offer |
💡 Ingat Large Market Formula: 60% content untuk educate yang "tak sedar ada masalah", 20% untuk yang dah sedar, 17% untuk yang sedang cari, 3% untuk direct offer. Jangan post offer je setiap hari.
Modul 6
CRM & Database Management
Leads yang tak close hari ni masih ada nilai. Database yang terurus adalah aset syarikat.
Column Wajib Ada dalam Sheet Leads
| Column | Isi | Contoh |
| Nama | Nama customer / bisnes | Ahmad / Sambal Mak Cik Ros |
| No. WhatsApp | Nombor dengan kod negara | +601XXXXXXXX |
| Jenis Produk | Produk makanan yang dibuat | Sambal, frozen food, kopi |
| Mesin Berminat | Kategori / model mesin | Blender 20L, Mesin Retort |
| Status | P / C / R / Reject | P (Potential) |
| Tarikh Pertama Hubungi | DD/MM/YYYY | 01/06/2026 |
| Follow Up Terakhir | DD/MM/YYYY | 05/06/2026 |
| Next Follow Up | DD/MM/YYYY (ikut formula) | 12/06/2026 |
| Nota | Info penting dari conversation | Ada plan mohon MARA, bisnes baru 2 tahun |
| PIC | Nama staff yang handle | Amirul |
| Tempoh Leads Lama | Strategi Re-Engage | Contoh Mesej |
| 30 hari (Reject 1x) | Hantar value content | "Ada artikel tentang cara scale bisnes [jenis produk] — mungkin berguna." |
| 60 hari | Update produk baru / tiba | "Kami baru dapat stok [mesin baru] — sesuai untuk kapasiti yang dicadangkan dulu." |
| 90 hari | Seasonal trigger | "Menjelang raya/cuti, ramai IKS naikkan pengeluaran — slot mesin terhad." |
| 6 bulan+ | Blast database umum | WhatsApp broadcast promo, kisah success customer, video baru TikTok |
✅ Best Practice: Segment database ikut jenis produk makanan. Leads sambal dapat content sambal. Leads frozen food dapat content frozen food. Lebih relevan = lebih tinggi respon.
📊 SUMMARY MINGGU INI:
→ Leads baru : [X] orang
→ Leads follow up : [X] orang
→ Closing minggu ini : [X] unit / RM[X]
→ Pending (Potential) : [X] orang
🏷️ BREAKDOWN STATUS:
→ P (Potential) : [X]
→ C (Closed) : [X]
→ R (Reject) : [X]
🔥 HOT LEADS (perlu perhatian):
1. [Nama] — [mesin] — [status / next step]
2. [Nama] — [mesin] — [status / next step]
📋 PLAN MINGGU DEPAN:
→ [X] leads nak follow up hari Isnin
→ [X] quotation nak hantar
→ [Lain-lain]
Modul 7
Orientasi Syarikat
Sebelum boleh jual dengan conviction — kau kena faham siapa yang kau wakili.
"Dari Sebuah Meja yang dipasang oleh Abah 2017 ke Showroom Mesin — Insya Allah 2027 Warehouse Besar."
— En. Abdul Waffiy bin Rosli, Founder & CEO
| Maklumat | Detail |
| Nama Syarikat | Waffiy Industries Sdn. Bhd. |
| Brand | Waffiy Mesin · "Mesin. Sistem. Solution." |
| Tagline | Scale Your Food Business |
| Fokus Bisnes | Pembekalan mesin proses makanan industri untuk IKS Malaysia |
| Model Bisnes | 100% Digital Marketing — pelanggan seluruh Malaysia |
| Pengalaman | 9+ tahun dalam industri mesin makanan |
| Track Record | 1,000+ pelanggan · 2,000+ mesin dihantar · 13+ agensi kerajaan |
| Showroom (HQ) | No. 39-G, Jalan Dagangan 3, Bertam Perdana, Kepala Batas, Penang |
| Warehouse | Sungai Petani, Kedah |
| Office KL | USJ 1, Subang Jaya, Selangor |
2009–2015 Fasa Pelajar & Mula Berniaga Diploma CS di UiTM Arau, Degree IT di UiTM Shah Alam. Mula niaga dari jual sampin, powerbank, jersi bola. Belajar dari pengalaman — bukan dari buku.
2015–2020 Café, Mesin Makanan & Digital Marketing Buka 3 cawangan Dlarrez Café, kontrak chef UniMAP. Tahun 2018 mula branding mesin makanan secara digital — naikkan jualan ZX Machinery Klang.
2020–2022 Naik Taraf & Showroom Enterprise → Sdn. Bhd. pada 30 Disember 2020. Jun 2022 buka Showroom pertama di Bertam, Penang — dari online ke fizikal.
2023–2025 Ekspansi & Team Building Kerjasama dengan 13+ agensi kerajaan. Bina team Marketing, Sales, Content Creator. Office studio khusus untuk content & live TikTok.
2025–2027 Global & Warehouse Besar Kolaborasi dengan Tanah Besar China untuk import mesin berteknologi tinggi. Target: pelabur China menjelang 2027, bina warehouse besar sebagai pusat operasi Asia.
01Admin (Leader)
02HR
03Finance
04Operation
05Marketing
06Content Creator
07Sales Person
08CRM
09Live Host
10Internship
Ownership Mentality
Bertanggungjawab pada kerja sendiri. Jangan tunggu disuruh. Nampak masalah — selesaikan.
Customer First
Customer sentiasa kena jaga. Diorang bukan interruption — diorang adalah sebab kita ada kerja.
Continuous Improvement
Sentiasa nak buat lebih baik. Hari ni kena lebih baik dari semalam. Semalam lebih baik dari minggu lepas.
Transparent
Jujur tentang masalah dan kesilapan. Report masalah awal — jangan sembunyi sampai jadi besar.
Rujukan utama mesin makanan Malaysia
13+ agensi kerajaan sudah percaya kami
1,000+ pelanggan seluruh Malaysia
Kolaborasi pembekal China teknologi tinggi
OEM mesin berjenama Waffiy
Pasaran ASEAN sebagai next frontier
Pelabur dari China — ekosistem lengkap
Warehouse besar — pusat operasi utama
Team 30+ fulltime, sistem berjalan sendiri
✦ "Kalau saya yang dulu pun boleh bangkit dari kosong, ANDA pun boleh jadi 'Hero Business' generasi seterusnya." — En. Waffiy
Modul 8
Role Play & Assessment
Dah baca semua modul? Sekarang masa buktikan. Kau kena pass assessment sebelum handle leads sebenar.
📌 Peraturan: Semua pekerja baru WAJIB pass 3 role play scenario dan score minimum 70% dalam quiz sebelum dibenarkan handle leads sendiri. Trainer akan jadi "customer" dan evaluate berdasarkan rubrik di bawah.
Contoh Alur Yang Betul
A
Waalaikumsalam, saya [Nama] dari HQ Waffiy Mesin 👋
A
Blend bahan apa sekarang? Sambal, pes, atau kopi?
C
Sambal. Sekarang guna blender rumah, nak upgrade.
A
Menarik, bisnes sambal ni. Sekarang pengeluaran berapa kg sehari?
A
Faham. Ramai customer kami bisnes sambal pun start macam tu jugak. [Hantar video demo Heavy Duty Blender dari TikTok]
A
Ini contoh mesin yang customer kami guna untuk sambal. Dah 9 tahun kami supply — 1,000+ customer seluruh Malaysia dah guna.
Rubrik Penilaian Role Play 1
| Kriteria | Markah | Lulus Jika |
| Guna Multi Bubble (bukan satu ayat panjang) | 20 | Setiap mesej max 1-2 ayat per bubble |
| Tanya jenis produk dulu sebelum suggest mesin | 20 | Tanya dalam 2 mesej pertama |
| Tanya kapasiti pengeluaran | 20 | Tanya sebelum suggest mesin |
| Hantar video demo yang relevan | 20 | Video berkaitan dengan jenis produk customer |
| Sebut credentials Waffiy (9 tahun, 1000+ customer) | 20 | Disebut dalam trust building phase |
Alur Betul Handle Objection Harga
C
Mahal sangat la harga tu. Tak mampu.
A
Faham. Memang pelaburan yang perlu dipertimbangkan dengan teliti.
A
Boleh saya tanya — sekarang sehari berapa jam spent untuk blend 30kg sambal secara manual?
C
Dalam 4-5 jam jugak la.
A
Dengan mesin ni, 30kg boleh siap dalam 30-40 minit. Jimat 4 jam sehari — dalam sebulan, hampir 80 jam masa yang boleh guna untuk buat benda lain atau tingkatkan output.
A
Lagipun, quotation kami boleh guna untuk mohon geran MARA atau BSN — ada plan ke nak try mohon?
✅ Formula Handle Harga
Acknowledge dulu Jangan terus defend. Tunjukkan kau dengar dan faham keprihatinan mereka.
Reframe kepada ROI Tukar dari "harga" kepada "balik modal" — berapa kos manual sebulan vs kos mesin.
Tawarkan jalan keluar Geran, bayaran ansuran, atau model yang lebih kecil dengan fungsi sama.
❌ Jangan Lakukan
Terus offer diskaun tanpa defend value dahulu
Cakap "tak mahal pun" — nampak tidak empathetic
Justify harga dengan sebut kos syarikat kita
Give up dan tutup conversation
💬 Script Emotional Urgency (Betul)
Bubble 1:
"Salam, dah 2 minggu kita bincang — saya nak pastikan kita tak terlepas peluang yang ada."
Bubble 2:
"Customer lain yang bisnes sambal macam [nama] baru je dapat delivery minggu lepas. Pengeluaran diorang dah naik dari 30kg ke 80kg sehari dalam masa 2 minggu."
Bubble 3:
"Setiap hari masih blend manual, kos buruh & masa terus terbuang. Slot delivery bulan ni masih ada — prefer proceed bulan ni atau bulan depan?"
✅ Emotional Urgency (Guna Ini)
- Cerita kerugian setiap hari tanpa mesin
- Kisah success customer lain yang bisnes sama
- Tanya tarikh konkrit — bukan tunggu customer volunteer
- Beri 2 pilihan masa — bukan soalan terbuka
❌ Promotional Urgency (Elak)
- "Offer last hari ni je..."
- "Diskaun 10% habis esok..."
- "Stok terhad..."
- "Sekarang or never..."
| # | Soalan | Jawapan (Isi Selepas Baca Semua Modul) |
| 1 | Berapa lama masa response leads baru yang dibenarkan? | ____________________ |
| 2 | Apakah 4 label WhatsApp PCRR dan maknanya? | ____________________ |
| 3 | Nyatakan formula follow up leads Waffiy Mesin | ____________________ |
| 4 | Apakah 5 sebab orang tak beli (MTNUT)? | ____________________ |
| 5 | Namakan 3 agensi kerajaan yang menerima quotation Waffiy | ____________________ |
| 6 | Bezakan antara Emotional Urgency dan Promotional Urgency | ____________________ |
| 7 | Apakah format report harian yang perlu dihantar? | ____________________ |
| 8 | Nyatakan formula video 30-60 saat Waffiy (I-U-W-T-O-U-A) | ____________________ |
| 9 | Berapa tahun pengalaman Waffiy Mesin dan berapa pelanggan? | ____________________ |
| 10 | Apakah visi syarikat menjelang 2027? | ____________________ |
⚠️ Syarat: Minimum 7/10 betul untuk proceed handle leads. Kalau kurang, ulang semak modul yang relevan dan retest dalam 2 hari.
Orientasi syarikat (M7)
Baca semua modul training
Hafal SOP 1-10
Setup WhatsApp Business + Quick Reply
Shadow senior handle leads
Handle leads sendiri dengan supervision
Capai benchmark KPI dengan bantuan
Hantar daily report setiap hari
Buat content pertama untuk TikTok
Role play & assessment selesai
Fully independent handle leads
Meet atau exceed semua KPI
Contribute idea untuk improve skrip
Target: first closing sendiri
Review & set target bulan ke-4
|